Clinicept Healthcare merupakan sebuah syarikat Penjagaan Kesihatan yang berpangkalan di UK, dengan pengkhususan dalam bidang pembangunan dan pengeluaran Produk penjagaan kebersihan pesakit dan Bahan penyahjangkit permukaan.
Semua produk Clinicept telah dibangunkan secara teliti oleh para saintis UK yang berkelayakan tinggi dan diuji dengan rapi menurut piawaian pengujian Eropah (EN). Produk kami telah diluluskan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan dijual di hospital di UK serta pelbagai organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa.
Produk penjagaan kebersihan Pesakit kami termasuk Pengelap untuk Tidur dan Mandi, Kep Syampu tanpa Bilas, Pengelap pembersih Tangan & Muka pesakit, yang telah dinilai dan terbukti lembut namun berkesan membersihkan kulit pesakit disebabkan oleh pemilihan bahan penjagaan kulit berprestasi tinggi dan lembut. Selain itu, kami turut mempunyai pelbagai pengelap penjagaan pesakit yang mesra maserator dan lantas boleh dilembutkan dengan sisa pulpa. Pengelap penjagaan kontinens kami terbukti berkesan menghalang permulaan Dermatitis berkaitan inkontinens (IAD) dan lesi lembapan, kerana pengelap ini meninggalkan lapisan perlindungan penghalang pada permukaan kulit bagi membantu menghalang kemasukan lembapan yang tidak diingini, yang berpunca daripada berlakunya inkontinens lanjut. Produk Klorheksidina 2% kami amat berkesan untuk penyahjangkitan kulit dan merangkumi kain pengelap Klorheksidina 2%, sarung tangan pengelap Klorheksidina 2% dan kep Syampu tanpa bilasan Klorheksidina 2%.
Rangkaian bahan penyahjangkitan Permukaan merangkumi Pengelap penyahjangkit permukaan Isopropil Alkohol (IPA) berprestasi tinggi, Pengelap penyahjangkit permukaan bebas alkohol, Pengelap pembersih tangan & permukaan serba guna dan Pengelap penyahjangkit peralatan perubatan bertanda CE untuk peralatan perubatan tak ivasif. Produk penyahjangkitan permukaan telah membuat beberapa tuntutan peneraju industri seperti Pembasmi Virus, Pembasmi Bakteria, Pembasmi Kulat, Pembasmi Kulat dan Pembasmi Mikobakteria.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Clinicept, sila layari halaman produk kami yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di laman utama kami.
Kami sedang aktif mencari ejen dan pengedar antarabangsa untuk rangkaian produk Clinicept kami. Jika anda berminat untuk mewakili Clinicept di kawasan anda, sila hubungi kami.